Bulan Mac yang lepas, aku telah terpilih sebagai salah sorang reviewer Nokia E7 dari program yang dinamakan Maxis10. Kini, Nokia E7 tersebut telah pun menjadi hak milik aku kira-kira 5 bulan. Bagi mereka yang tidak mengetahui, Nokia E7 ini menggunakan sistem pengoperasian Symbian 3. Maklumat lanjut mengenai Nokia E7 ini korang boleh rujuk entri yang pernah aku tulis semasa review dulu. Nokia E7 Review.
Dan kini, Symbian 3 akan beralih kepada Symbian Anna. Tengahari tadi (18/08/2011), aku telah berjaya memasang Symbian Anna pada telefon pintar Nokia E7 aku. Aku masih lagi menjelajah melihat apakah pembaharuan yang dilakukan dan maklumat dibawah adalah apa yang aku dapat sehingga entri ini ditulis.
Font dan QWERTY Keyboard
Apa yang aku dapat lihat melalui Anna saiz fontnya sedikit lebih kecil dari yang sebelum ini tetapi masih lagi boleh dibaca. Jika korang mahu membesarkan atau menukarkannya, korang boleh menggunakan aplikasi FontZoomer.

Pada keyboard pula, Anna membawakan QWERTY keyboard pada paparan potrait. Ini memudahkan lagi korang menaip jika dibandingkan pada versi lepas. Ini kerana QWERTY keyboard hanya terdapat pasa paparan landscape sahaja. Jika korang menggunakan aplikasi Swype, Anna juga membenarkan QWERTY keyboard ini muncul pada kedudukan potrait.

Ikon

Untuk versi baru ini, paparan ikon asal lebih menarik jika dibandingkan dari sebelumnya. Aku suka akan paparan ikon baru ini yang berbentuk roundedge. Bagi mereka yang ingin mengubah paparan ikon pada folder, korang boleh menggunakan aplikasi FolderIcon.
Pelayar Internet (Browser)

Jika sebelum ini pelayar web asal agak mengecewakan, tetapi untuk versi Anna ini banyak perubahan yang dilakukan oleh Nokia pada pelayar web asal ini. Antaranya kedudukan lokasi address bar yang terdapat pada bahagian atas halaman seperti pelayar-pelayar lain. Begitu juga butang ‘back’ yang memudahkan penggunakan kembali pada halaman sebelumnya dan lain-lain paparan yang direka bentuk semula bagi memudahkan pengguna. Loading time untuk membuka halaman semakin dipertingkatkan dengan versi terkini Webkit dan fungsi scroll, zoom yang lancar.

Selain itu, ruangan setting dapat diakses dengan begitu cepat dan peningkatan pada bahagian tab yang amat memudahkan. Dengan ini aku boleh membuka beberapa window semasa melayari internet pada telefon Nokia E7 ini. Bagi laman blog ini sendiri proses pelayaran melalui mobile theme atau default theme dapat dilakukan tanpa merosakkan paparan blog. Bagi mereka yang inginkan blog mereka boleh dilayari didalam versi mobile sila rujuk entri ‘Jadikan Blog Mesra Mobile‘.

Lain-Lain




Sekian sahaja entri malas dari aku. Ngantok dah. Esok kalau aku rajin aku akan tunjukkan cara macam mana nak update ke Symbian Anna. Nak godek henpon lagi.
19/08/2011, 06:07 am
macam style je anna ni..HAI ANNA! welcome world!
19/08/2011, 08:02 am
wow, terbaiklah, tak sabar nak cuba,,,
19/08/2011, 08:54 am
Rasanya jodoh dengan Symbian pun tidak kekal lama kerana telah mula buat kolabrasi dengan Microsoft untuk mengunakan Windows
19/08/2011, 04:32 pm
Aku lebih prefer symbian kalau camtu..
22/08/2011, 02:10 am
biasa je..haha
adeh banyak betul la ko boleh review ek, nak test jugak~ :D
22/08/2011, 02:22 am
Nokia ni hp aku sendirik la..
22/08/2011, 10:11 pm
salam..apsal aku check kt software update xde pon?
im using n8
22/08/2011, 10:18 pm
Untuk malaysia market nokia belom keluarkan..
Rujuk entri http://goo.gl/jAguK
22/08/2011, 10:30 pm
beres2..da tau nk cek kt mne..productcode utk enset ak xleh update lg rpenye..org len da ad yg bleh update
22/08/2011, 10:22 pm
germany pon xkuar lg ke?cmne nk tgok mrket german punye?
24/08/2011, 07:33 am
nampak menarik juga, aku harap nokia bangun kembali dan lawan habis habisan dengan android nih, nokia boleh
27/08/2011, 07:16 pm
Apa yang saya jatuh hati dengan Symbian ialah Ovi Maps yang kemas dan cantik. Tak sama macam GPS yang lain.