Mempunyai sebuah telefon pintar hari ini menjadi hampir keperluan untuk setiap orang. Jadi, ianya tidak hairan jika pihak pengeluar telefon pintar melancarkan pelbagai model peranti telefon pintar yang kadangkala hampir sama dari segi spesifikasi mahupun harga. Walau bagaimanapun, kebanyakkan pembeli sering keliru dengan setiap peranti dan harganya. Jadi dengan itu, kami memutuskan untuk berkongsi beberapa aspek yang perlu diketahui dan panduan untuk mereka yang mahu membeli dan memiliki telefon pintar. Dengan itu, ianya mungkin sedikit membantu anda mendapatkan telefon pintar dengan tawaran yang terbaik.

smartphone

Sistem Operasi

Mungkin anda sudah tahu dimana telefon pintar hari ini menggunakan pelbagai sistem operasi untuk dijalankan. Tetapi, sejauh manakah pemahaman anda kepada sistem operasi tersebut. Sebagai contoh, antara sistem operasi yang digunakan oleh telefon pintar hari ini seperti Android, iOS, dan Windows.

Android

androidAndroid adalah salah satu sistem operasi yang popular digunakan untuk telefon pintar. Versi terkini Android adalah Android 6.0 atau juga dikenali sebagai Marshmallow. Tetapi, hingga hari ini tidak banyak telefon pintar yang menggunakan Android versi ini, tetapi ianya menggunakan Android 5.0 dan Android 4.4. Kelebihan menggunakan peranti Android adalah pada bahagian pengubahsuaiannya dan kepelbagaian. Banyak pengeluar telefon pintar menggunakan Android untuk model peranti mereka. Ianya kerana, Android membenarkan pengeluar menggunakan paparan antaramuka/user interface (UI) mereka sendiri. Ianya juga boleh dikatakan antara sistem operasi yang menyokong fungsi multi-tasking dan mudah disesuaikan kepada pengguna. Walaupun banyak telefon pintar Android ini dipasarkan dengan mempunyai kos rendah, ianya tidak bermaksud ianya mempunyai tahap prestasi yang bagus. Sebagai panduan kepada anda semua, pilihlah telefon pintar yang menggunakan Android 5.0 Lollipop atau terkini kerana mungkin ianya berpeluang untuk mendapat kemaskini firmware terbaru dan bebas dari sebarang ancaman luar. Jika anda tidak mempunyai bajet yang tinggi, anda juga boleh dapatkan telefon pintar yang sekurang-kurangnya menggunakan Android 4.4 KitKat.

Windows

Windows 10 Mobile Logo

Windows bukanlah sistem operasi yang baru didalam arena telefon pintar. Tetapi, untuk versi terkini Windows Phone, ianya didatangkan didalam paparan antaramuka Metro. Paparan Metro yang boleh dikatakan menarik dan unik serta integrasi bersama-sama perkhidmatan Microsoft membantu pengguna menggunakannya dengan lebih mudah. Antara kelebihan mereka ianya didatangkan dengan peranti yang berharga tidak beberapa mahal walaupun sokongan aplikasi terlalu terhad atau kurang. Jika anda bercadang ingin menggunakan Windows Phone, kami disini mencadangkan korang membeli peranti Lumia dari Microsoft. Microsoft mempunyai sokongan sepenuhnya keatas Windows Phone.

iOS

ios_logoiOS dari singkatan sistem operasi iPhone (iPhone Operating System) hanya boleh didapati didalam 3 model peranti yang berbeza fungsi iaitu iPhone, iPad, dan iPod. Jika anda adalah seorang daripada pengguna produk dari Apple seperti MacBook atau peranti lain, digalakkan korang terus menggunakan produk dari Apple. Tetapi jika anda mahu membeli peranti terkini dari Apple, carilah model sekurang-kurangnya iPhone 5S. Ini kerana, iOS versi terkini hanya boleh digunakan pada model sahaja. Jadi pilihan untuk anda amatlah terhad. Disebabkan kesemua peranti dari Apple yang dijual di Malaysia boleh dikatakan mahal, anda perlu bersedia untuk mengeluarkan sejumlah wang untuk memilikinya.

 

Faktor Reka Bentuk, Dimensi, Berat & Material

oneplus-2-sketch-leaked

Sesetengah telefon pintar boleh dikatakan kelihatan serupa. Dari segi reka bentuk ianya tidak banyak beza, tetapi saiz, berat, dan paparan sebenar yang menjadi faktor pengguna memilih sesuatu telefon pintar tersebut. Ramai orang memilih untuk menggunakannya telefon pintar yang nipis, kompak, dan semestinya bersesuaian dengan harga yang ditawarkan. Walau bagaimanapun, sebagai contoh peranti Phablet yang bersaiz agak besar masih menjadi pilihan ramai. Ianya keteria yang agak subjektif untuk dibincangkan dan tidak banyak boleh aku perkatakan. Hanya mampu kami perkatakan disini, pilihlah telefon pintar yang mudah untuk anda pegang, simpan atau bawa kemana saja. Dari segi material, carilah yang bersesuaian dengan kadar penggunaan anda atau berkorbanlah sedikit wang ringgit untuk membeli pelindung (cover) yang berkualiti. Mungkin agak mahal dari menyesal kemudian hari kerana jaminan tak merangkumi segala kerosakan.

Saiz Skrin & Kualiti

screenSkrin adalah satu perkara yang diambil kira semasa untuk membeli telefon pintar. Ada beberapa perkara yang perlu korang tahu. Pertama, mengenai saiz skrin tersebut. Ramai yang cenderung kepada skrin besar. Bagi kami, skrin bersaiz 5 inci sudah mencukupi & skrin yang melebihi 5 inci mungkin tidak mesra poket. Ya, kami maksudkan phablet. Selain dari itu, resolusi skrin tersebut patut dipertimbangkan. Apa guna skrin besar gabak kalau resolusi hampeh. Untuk dapatkan resolusi yang bagus, skrin tersebut sekurang-kurangnya mempunyai resolusi 1080p. Untuk paparan yang lebih baik, sudah semestinya resolusi 4K atau 2K. Tetapi jika anda bertanya, telefon pintar apakah mempunyai resolusi paling baik? Jawapannya adalah ntahla, kami tidak pasti.

135326484

Seterusnya adalah jenis skrin. Terdapat 2 jenis skrin yang digunakan iaitu LCD dan LED. Setiap telefon pintar menggunakan skrin yang berbeza-beza dan keduanya mempunyai tahap ketahanan yang berlainan. Sebagai contoh Xiaomi menggunakan skrin LCD manakala  menggunakan skrin AMOLED. Kedua-duanya menghasilkan paparan yang bagus tetapi sedikit berbeza pada kadar penghasilkan warna, kontras, dan lain-lain. Kami tidak dapat jelaskan perkara tersebut disini kerana masih belum memahaminya dengan lebih dalam. Jadi, semasa memilih telefon pintar, pilihlah model yang mempunyai skrin yang boleh dilihat dari perbagai sudut dan dapat dilihat dibawah sinaran matahari. Selepas ini tiada lagi alasan untuk menggunakan telefon pintar dibawah sinaran matahari kerana korang mampu melihat paparan skrin yang dihasilkan dan bukannya wajah sendiri.

Prosessor & RAM

Kedua-dua komponen ini seperti jantung dan otak sesebuah telefon peralatan komputer. Untuk mencapai kadar prestasi yang tinggi, prosessor yang baik dan RAM yang cukup diperlukan. Ya, ianya juga bergantung pada sistem operasinya juga. Kebanyakkan telefon pintar terkini hari ini dilengkapi dengan prosessor Quad-Core yang mempunyai kelajuan 1.6GHz atau lebih. Antara prosessor yang selalu digunakan adalah Qualcomm Snapdragon, Samsung Exynos, Intel Atom, Mediatek, dan Kirin. Ia biasanya dipanggil SoC (System on Chip) yang terkandung CPU (Central Processing Unit) dan GPU (Graphic Processing Unit) sepagai pasangan.

Kalau prosessor dah power, RAM pun kena power la jugak. RAM sebesar 1GB adalah paling minimum. Kebanyakkan telefon pintar yang dilabel ‘High End‘, ianya didatangkan dengan 4GB RAM dan ada juga 3GB RAM. Tak kisah besar mana RAM korang nak, yang penting 2GB ke atas sudah mencukupi melalu pendapat kami.

Ruangan Storan/Kapasiti

Telefon dengan RAM tinggi, prosessor dah dasyat, resolusi skrin dah terbaik, mesti nak masuk video dengan permainan HD kan. Jadi perlukan ruangan kapasiti yang tinggi. Kebanyakkan telefon pintar Android menyokong tambahan ruangan kapasiti dengan menggunakan kad microSD. Tetapi malangnya ada sesetengah tidak menyokong kad microSD. Bagi aku, 16GB memori dalaman sudah mencukupi, tetapi pastikan ianya mempunyai sokongan penambahan kapasiti. Kalau takde kena cari peranti mempunyai memori dalaman yang tinggi atau besar.

Micro-SD-Card-Slot-620x402

Bagi mengurangkan penggunaan memori, kami juga ingin mencadangkan anda mendapatkan perkhidmatan cloud. Atau anda boleh lakukan sync kesemua gambar dari telefon anda ke akaun Google Photos.

Kamera & Rakaman Video

Kebanyakkan telefon pintar didatangkan dengan kamera sebesar 12 megapiksel dan 13 megapiksel. Dan ada juga yang didatangkan dengan kamera bersaiz 16 megapiksel dan paling tinggi setakat ini adalah 41 megapiksel iaitu Nokia PureView 808. Biarpun saiz kamera yang sama pada berlainan model, kualiti gambar yang dihasilkan tidaklah sama. Jadi untuk pengesahan sila cuba ambil beberapa gambar dah periksa pada penghasilan warna, pengcahayaan yang rendah (low light), dan lain-lain. Begitu juga dengan rakaman video. Walaupun ianya mempunyai piksel yang sama, keupayaan rakaman video yang berbeza. Anda boleh periksa samaada kamera tersebut berupaya merakam video HD, dan yang paling baik apabila ianya mampu merakam video full HD 1080p. Barulah boleh mengucapkan selamat tinggal kepada zaman 3GP. Tetapi disini kami memohon kepada anda, tolonglah jangan merakam video didalam keadaan video menegak.

Jangka Hayat Bateri

images

Mempunyai spesifikasi teknikal yang tinggi pasti membanggakan seseorang itu, tetapi jika kuasa bateri hanya bertahan jangka masa yang pendek tidak guna juga. Mengikut pengalaman kami, melayari internet menggunakan sambungan 4G mempercepatkan kuasa bateri kehabisan. Jadi dengan itu, bateri yang mempunyai kapasiti yang tinggi diperlukan. Hari ini, banyak telefon pintar yang didatangkan dengan kapasiti bateri yang tinggi. Ianya terpulang pada anda untuk memilih. Yang penting pada kami kapasiti sesebuah telefon pintar tersebut mampu bertahan selama 8 ke 10 jam untuk penggunaan maksimum. terdapat beberapa cara untuk mengoptimasikan penggunaan kuasa bateri.

Xiaomi Redmi Note 3 didatangkan dengan bateri 4000mAh. Dan pada percubaan kami, ianya boleh bertahan sehingga 16jam.

Harga & Pakej

Harga sesebuah telefon pintar tersebut adalah salah satu aspek penting yang perlu diambil kira sebelum membeli. Ianya bergantung sepenuhnya kepada bajet seseorang itu dan kepenggunaan peranti tersebut kepada individu itu. Tidak perlu menghabiskan wang yang banyak untuk membeli telefon pintar yang terlalu canggih tetapi penggunaan telefon tersebut hanyalah minimum.

images

Bagi pakej pula, sila pertimbangkan kadar bayaran bulanan dan pakej ditawarkan sebelum membeli sesuatu telefon pintar yang mempunyai pakej dari syarikat telekomunikasi. Ianya bagi mengelakkan pembeli tidak terasa bebanan dan membayar sejumlah wang yang tidak tidak masuk akal untuk peranti tersebut. Buatlah keputusan yang bijak.

Bagi mereka yang masih ragu-ragu dan tercari-cari telefon pintar yang mana bersesuaian dengan mereka, bolehlah mengajukan pertanyaan disini. Kami sudi membantu anda memilih.

Website Comments

  1. Nazariah
    Reply

    Assalamualaikum
    Membaca artikel anda sangat membantu saya untuk mencari ganti hp saya yang sudah mula menunjukkan tanda2 “penat” dan “tenat”.
    Masalahnya mungkin RAM yang terlalu kecil kira2 500 sahaja. Saya menggunakan ViVo y15.
    Pada pendapat saya, untuk mencari telefon baru mengambil masa dengan meninjau beberapa kedai.
    Sekiranya anda tidak keberatan, bolehkah anda memberi satu jenama yang sesuai dengan tips anda ? jika ada harganya sekali, sangat2 membantu.

    terima kasih

  2. aida
    Reply

    Assalamualaikum…
    boleh saya dapatkan cadangan en untuk saya membeli telefon dengan bajet RM500 ke bawah?

  3. faizariff
    Reply

    Salam.. Bleh suggest x handphone brand ape yg tarik kuat signal, line internet stabil, prosessor n ram yg bagus.

  4. NASH
    Reply

    Saya nak beli phone tapi budget dalam RM500-RM700.Saya pentingkan kamera cantik.X lek kalau main game besar.And 4G linenye boleh tolong beri cadangan phone yang terbaikk

  5. yus
    Reply

    saya nak beli phone tp xtau nak beli jenama apa..bajet bawah rm300..sila bagi cadangan..
    antara LCD dan LED, yg mana boleh dilihat apabila telefon terkena cahaya matahari?

  6. Ammar
    Reply

    Nak tnya hendphone ape yang elok untk dibeli saya nak beli hendphone camere depn dn belkg cntik sikit ram serdahana memory fon dlm 3 gb bajet dalm 200 ke 300 .

  7. sue
    Reply

    saya nak beli phone yg tahan lasak dan ram yg ok dan memory yg bsar…bajet below 2000. kamera ok bonus…klu bleh nk android

  8. rohayu bt harun
    Reply

    Assalam..boleh cadangkan telefon/tablet yang sesuai untuk budget Rm 700 – rm 1000.Keutamaan saya adalah kualiti gambar. tenkiu.

  9. fify
    Reply

    Assalam. …saya cadang nk beli telefon baru…saya cari kamera depan dan belakang yg ok & ram 3gb…saya dh servey spesifikasi telefon kt google..saya tak pasti antara asus zenfone max atau huawei honor 6….yg mana lagi bagus ye? Saya tak pernah guna jenama asus / huawei ni…tolong saya 🙁

  10. Najihah
    Reply

    Assalamualaikum, sebelum ni saya pakai samsung galaxy note 8.0 saya berpuas hati dengan semuanya kecuali kamera, jadi untuk telefon yang akan dtg saya brcdg utk beli telefon pintar yg harganya dlm lingkungan 500-600 dan ada kamera yg bagus juga, boleh bagi cdgn tak? Kalau boleh nak ada bateri yg bagus jugak

  11. NORHIRDAHWATI ADNAN
    Reply

    Assalamualaikum, saya bercadang untuk membeli handphone yang baru, boleh encik bagi pendapat mengenai kedua-dua model ini, Lenovo K3 Note dan Asus Zenfone Go ZB551KL. Mana satu yang lebih menguntungkan untuk digunakan. Terima kasih.

    • Arif Ishak
      Reply

      aku bagi kelebihan kekurangan dulu la ye..

      kelebihan K3 Note
      – K3 Note skrin lebih bagus dari Asus dari segi resolusi.. jadi gambar/display lebih sharp
      – kamera lenovo 13MP, asus 8MP je

      Kelebihan Asus Zenfone Go
      – support memori kad lebih tinggi.. sampai 64GB, lenovo sampai 32GB sahaja
      – ada pilihan 32 GB

      so aku rasa lenovo lebih berbaloi

Post a comment