252 views 18 comments

[Trick] Paparkan Classic RT Di #NewTwitter

by on Nov 26, 2010
 

Sebelum fungsi Retweet diperkenalkan kat Twitter, penggunanya perlu menambah perkataan RT dihadapan tweet diaorang untuk membuat Retweet. Tetapi, sebaik sahaja ia dikeluarkan, ia tidak memenuhi kehendak pengguna. Aku sendiri lebih suka menggunakan Twitter client dari ber’tweet’ di laman web diaorang. Tak mesra pengguna langsung. Paling latest, diaorang memperkenalkan paparan baru untuk Twitter yang dikenali sebagai #NewTwitter. Memang reka bentuk dan fungsi ditambah, tapi bagi aku, butang Retweet tu still tak menarik, senang cita tak macam Classic RT. Tetapi hari ini aku menjumpai plugin yang membenarkan fungsi Classic RT tue wujud. Cara nie hanya untuk orang yang online twitter kat laman Twitter je ye.

Aku nak terang pasal RT nie pun agak payah. Bagi sesiapa yang mempunyai akaun di Twitter mesti paham apa yang aku nak sampaikan. Bagi yang masih blur-blur dengan Twitter nie, korang boleh baca Panduan & Infomasi Mengenai Twitter yang pernah aku tulis dulu. Ok lah. Cukupla mukadimah yang tah apa-apa tu. So, kat bawah nie korang boleh tengok macam mana Classic RT tu berfungsi kat Twitter dan macam mana nak dapatkannya.

Screenshot

Dapatkan Plugin Classic RT

Addon untuk Firefox

Extension untuk Google Chrome

Kalau korang taknak pakai plugin pun boleh, korang boleh pakai bookmarklet. Dengan hanya jadikan Bookmarklet ni sebagai bookmark. Pengguna Opera jangan sedih plak, walaupun tiada addon/plugin/extension tuk korang, korang boleh guna bookmarklet nie jugak.

Sumber

Laman Web Classic Retweet

comments
 
Leave a reply »

 

Leave a Response