414 views 2 comments

TuneUp Utilities 2013 Dilancarkan & Memperkenalkan 3 Fungsi Baru

by on September 19, 2012
 

Aku masih menggunakan Acer Aspire 4735Z dikuasakan dengan RAM 1GB dan Intel Pentium Dual-Core 2.0GHz. Ditambah pula dengan  Windows 7 Ultimate 32-bit Service Pack 1 sebagai sistem operasinya. Seperti yang kita tahu, Windows 7 adalah versi Windows yang berjaya memperbaiki kelemahan dan kegagalan Windows Vista. Tetapi disini aku ingin menekankan jika korang menggunakan Windows 7, pastikan komputer korang mempunyai RAM sekurang-kurangnya 2GB bagi membantu melancarkan proses sesuatu aplikasi dan menambah baik prestasi komputer korang tersebut. Selain dari itu, kurangkan proses aplikasi dibelakang (hidden process) kerana ianya akan meningkatkan penggunaan memori/RAM komputer anda.

Disebabkan kemalasan untuk membeli RAM aku menggunakan aplikasi TuneUp Utilities bagi membantu aku meningkatkan prestasi komputer aku ini. Dan semalam TuneUp Corperation telah melancarkan versi terkini untuk aplikasi tersebut iaitu TuneUp Utilities 2013. Selain menambah sokongan pada Windows 8, ianya juga menambah 3 lagi fungsi baru; TuneUp Disk Cleaner 2013, TuneUp Browser Cleaner 2013, dan TuneUp Live Optimization 2.0.

TuneUp Disk Cleaner 2013

Windows dan sesetengah aplikasi sentiasa menyimpan fail log, “Most Recently Used” dan data sementara (temporary files) pada harddisk. Malangnya, fail-fail yang tidak perlu sering kali ditinggalkan begitu sahaja dan kekal didalam harddisk korang. Selama-lamanya! Lama kelamaan, Lama kelamaan, harddisk korang dipenuhi dengan fail-fail yang tidak diperlukan tersebut, sehingga komputer korang tidak mempunyai ruangan kosong untuk data atau fail baru.

Jadi, TuneUp Disk Cleaner akan membersihkan dan membuang segala fail-fail dan data yang tidak diperlukan tersebut dari komputer anda.

TuneUp Browser Cleaner 2013

Temporary browsing data, cookies, dan fail tinggalan lain bukan hanya mengandungi privasi, tetapi juga boleh menyebabkan pelayar web crash.Mungkin korang sering lupa untuk membersihkan cache pelayar atau menggunakan plugin/addon terbina dalam membersihkan ciri-ciri yang kebanyakannya tidak bersihkan dengan teliti seperti yang sepatutnya. TuneUp Browser Cleaner menyokong 25 jenis pelayar internet seperti Internet Explorer®, Google Chrome™, Firefox®, Opera, Safari dan lain-lain.

Ianya bukan sahaja sekadar membersihkan tetapi akan mengoptimumkan dengan lebih berkesan setiap pelayar terbina dalam ciri pembersihan.

TuneUp Live Optimization 2.0

Satu program atau proses yang berjalan di latar belakang menggunakan 100% kuasa CPU. Jika penggunaan aplikasi latar belakang agak tinggi ianya akan menyebabkan prestasi/kepantasan aplikasi yang sedang dijalankan (active) berkurangan dan perlahan. Fungsi ini akan mengesan, mengoptimasi dan menyahaktif/mengadaptasikan aplikasi latar belakang kepada depada menggunakan kuasa CPU yang berpatutan dan memberi prestasi dan respon yang lebih cepat pada aplikasi yang sedang dijalankan.

Muat Turun TuneUp Utilities 2013 Sekarang

Muat Turun TuneUp Utilities 2013

Aplikasi ini adalah aplikasi berbayar. Ttapi korang boleh mencubanya secara percuma selama 15 hari.

Ada yang mengatakan aplikasi ini tidak bagus. Tetapi aku menggunakan aplikasi ini sejak versi 2008 dan ianya tidak menimbulkan sebarang masalah kepada aku. Malah ianya membantu aku menyelenggara dan mengoptimumkan penggunaan memori laptop aku. Jika korang mempunyai aplikasi alternatif, boleh kongsikan pada ruangan komen dibawah.

Kongsikan Artikel Kami
 

Tinggalkan komen anda