Ulasan HTC One V

Diterbitkan Pada . Oleh

HTC adalah salah satu jenama telefon pintar yang popular di Malaysia mahupun di dunia. Beberapa bulan lepas, HTC telah memperkenalkan telefon pintar mereka yang dikategorikan didalam keluarga HTC One iaitu HTC One V, HTC One X dan terbaru HTC One S. Atas pelancaran model baru itu, pihak HTC telah menjemput aku untuk menulis ulasan ke atas salah satu model HTC One iaitu HTC One V.

HTC One V adalah satu telefon pintar yang direka bentuk dan dipasarkan oleh HTC dibawah model HTC One yang dijanakan oleh Android 4.0.3 (Ice Cream Sandwich) dan menggunakan paparan antaramuka HTC Sense 4.0. Bahan binaan kerangka model One V ini berasaskan almunium. Reka bentuknya menyerupai HTC Legend dan HTC Hero. Secara ringkasnya, HTC One V ini dilengkapi dengan kamera 5 megapiksel, skrin sentuh 3.7 inci dengan resolusi 480×800, 512MB RAM, 1 GHz prosessor, dan Beats Audio.

Spesifikasi Teknikal HTC One V

 
HDD (Hard Disk Drive)
SSD (Solid State Drive)
Penggunaan KuasaMenggunakan kuasa elektrik lebih tinggi. Jika hanya menggunakan bateri, ia akan mempercepatkan lagi pengurangan kuasa bateri.Penggunaan kuasa elektrik yang rendah. Dapat menjimatkan penggunaan kuasa bateri sehingga lebih 30 minit.
HargaHDD bersaiz 3.5 inci lebih murah dari 2.5 inci.
Contoh : RM1 = 1GB
Lebih mahal jika dibandingkan dengan HDD.
Contoh : RM10 = 1GB
KapasitiBoleh didapati dari 320GB hingga ke 2TB. Sukar mendapatkan kapasiti yang tinggi. 256GB adalah kapasiti paling tinggi untuk SSD bersaiz 2.5 inci
Jangka Masa Boot Windows 7Secara purata selama 40 saat atau lebih.Secara purata selama 30 saat atau kurang bergantung pada prestasi komputer.
BunyiKadang-kadang ianya menghasilkan bunyi putaran.Tiada bunyi yang dihasilkan.
Kadar HabaTidak menghasilkan haba yang tinggi. Tetapi ianya lebih tinggi berbanding SSD kerana mempunyai komponen yang berputarMasih menghasilkan haba tetapi tidak terlalu tinggi.
Kadar Kegagalankadar kegagalan kira-kira 1.5 juta jam atau lebihkadar kegagalan kira-kira 2.0 juta jam atau lebih
Kelajuan Read/WriteDalam lingkungan dari 50 - 120MB/sSelalunya melebihi 200 MB/s dan terdapat yang mempunyai kelajuan 500 MB/s atau lebih
EncryptionFull Disk Encryption (FDE) pada sesetengah modelSelalunya melebihi 200 MB/s dan terdapat yang mempunyai kelajuan 500 MB/s atau lebih
Kelajuan Membuka/Membaca FailPerlahan daripada SSDSehingga 30% lebih cepat daripada HDD
Terjejas Dengan MagnetMagnet boleh memadam dataSelamat dari sebarang magnet
Permintaan DipasaranMudah didapati dan terdapat pelbagai pilihanSukar untuk didapati. Mungkin lebih mahal dari biasa.

Reka Bentuk

Seperti yang aku perkatakan sebelum ini, HTC One V ini menyerupai HTC Legend dan HTC Hero. Butang kawalan pada HTC One V ini cuma butang untuk Power dan Volume. Untuk butang kawalan menu/navigasi, ianya didatangkan dengan bentuk sentuhan. Untuk kamera, tiada butang khas didedikasikan untuk fungsi berikut.

Lengkungan pada bahagian bawah telefon ini membantu daripada ruangan pembesar suara (speaker) tertutup apabila diletakkan pada ruangan yang rata. Tetapi malangnya pada telefon ini kerana bateri tidak boleh diakses.

Pada bahagian penutup ruangan SIM & kad microSD dan pada sekeliling kamera diperbuat daripada bahan yang seperti getah, ianya membuatkan telefon pintar ini tidak mudah tergelincir apa bila diletakkan pada permukaan yang condong atau tidak rata.

Kamera

Untuk HTC One V, ianya mempunyai kamera 5 megapiksel dan tidak mempunyai kamera hadapan. Apa yang aku suka akan kamera telefon pintar ini adalah pada fungsi-fungsi yang terdapat padanya. Diantaranya pengguna boleh memilih jenis filter/efek sebelum mengambil gambar. Memang satu perkara baru untuk aku kerana selalunya perkara tersebut boleh dilakukan selepas mengambil gambar.

Menu Kamera HTC One V

Contoh gambar dari Kamera HTC One V

Klik pada gambar untuk saiz gambar sebenar.











 

Walaupun HTC One V ini hanya mempunyai kamera 5MP, kualitinya memang bagus. Kebanyakkan gambar di Facebook Page blog ini diambil menggunakan telefon ini. Aman Firdaus juga suka akan kualiti gambar kamera ini.

Prestasi

Disebabkan HTC meletakkan HTC One V dibawah keluarga HTC One, ini tidak bermakna telefon pintar ini mempunyai kadar prestasi yang memberangsangkan seperti HTC One X dan One S. Seperti yang diberitahu diatas, telefon pintar ini menggunakan Android 4.0.3 sebagai sistem operasi bersama-sama prosessor single-core 1GHz Qualcomm Snapdragon S2 agak mengecewakan. Antara masalah yang berlaku seperti semasa membuka atau menutup aplikasi berlaku sedikit delay/lag. Kadang-kadang telefon ini melakukan restart secara sendiri.

Tidak semua permainan atau aplikasi boleh digunakan pada telefon ini.

Bagi prestasi jangka hayat bateri, aku amat berpuas hati. Walaupun ianya menggunakan bateri berkapasiti 1500mAh sahaja, sehingga kini aku tidak mengalami masalah kehabisan kuasa bateri semasa aku di tempat kerja walaupun aku melakukan tethering untuk berkongsi sambungan internet dengan Nokia Lumia 800 milik aku atau rakan yang lain.

Untuk memaksimumkan jangka masa penggunaan bateri telefon anda, sila rujuk artikel “10 Cara Menjimatkan Kuasa Bateri Telefon Pintar

Aplikasi Tambahan

Dropbox

Disebabkan ruangan memori dalaman HTC One V ini hanyalah 4GB sahaja, pihak HTC bekerjasama dengan Dropbox dengan memberi 25GB simpanan percuma ke atas pengguna HTC One. Ianya amat berguna buat aku kerana aku banyak menggunakan DropBox untuk berkongsi fail-fail bersama rakan-rakan yang lain.


Soundhound

Aplikasi kegemaran aku ini dimuatkan secara terus didalam telefon ini. Berintegrasi bersama-sama pemain muzik dan radio. Ianya berfungsi untuk mencari tajuk lagu dan penyanyi jika pendengar tidak tahu apakah tajuk lagu dan penyanyi tersebut.


Car

Aplikasi Car ini adalah satu aplikasi yang memberi satu paparan lain yang minimalis ketika memandu. Pengguna boleh memilih untuk mengubahsuai aplikasi yang mahu dipaparkan.

Galeri

Konklusi

Apa yang aku kurang meminati pada peranti HTC One V ini adalah terlalu banyak aplikasi tambahan yang telah dipasang secara automatik semasa ianya dikilangkan. Tidak semua aplikasi tersebut digunakan oleh aku dan boleh dikatakan membazir ruang dan menyemakkan mata. Aku juga memerima maklum balas yang sama dari rakan yang menggunakan peranti HTC. Tiada cara yang khas untuk membuang aplikasi tersebut. Kedudukan slot kabel USB/pengecas yang berada pada bahagian kiri telefon agak mengganggu aku jika mahu menggunakan telefon ini ketika dicas atau disambungkan pada komputer kerana ianya sukar dipegang. Masalah ini mungkin berlaku kepada yang memegang telefon menggunakan tangan kiri. Untuk makluman korang, aku seorang kidal.

Tetapi, melalui HTC Sense 4 ini aku dapat lihat perubahan dari segi paparan dan sususan. Bahagian tetapan yang mudah diakses. Munkin jika sebelum ini anda menggunakan telefon pintar Android dari Samsung, ianya agak kekok pada permulaan. Ini kerana susunan butang navigasi menu dan kembali yang disusun pada bahagian yang lain.

Secara keseluruhannya, aku berpuas hati dengan HTC One V ini. Walaupun aku kurang meminati paparan HTC Sense, tetapi ianya tidak jadi masalah jika anda tahu memanipulasi paparan antaramuka peranti Android. Antara yang boleh korang cuba adalah MiHome Launcher. Walaupun ada beberapa aplikasi dan permainan yang aku cuba tidak menyokong telefon HTC One V ini, ianya tidak menjadi masalah pada aku kerana aku bukanlah seorang yang heavy user. Jadi ianya boleh dikatakan berbaloi untuk mereka yang mempunyai bajet rendah untuk memiliki telefon pintar Android.

 

3 Komen Diterima.

  1. Azam

    30/07/2012, 09:11 am

    Sempat guna sekejap yang kawan punya (dia dah guna Note, pastu ada lagi One V…kaya betul)…

    Icon HTC Sense sangat tak menarik… Itu je yang aku tak suka…hehe

    Reply

Tinggalkan Komen Anda

:amazed: :angel: :angry: :beaten: :bored: :clown: :confused: :cool: :cry: :devil: :doubtful: :emo: :frozen: :grin: :indian: :karate: :kiss: :laugh: :love: :millionaire: :nerd: :ninja: :party: :pirate: :punk: :sad: :smile: :speechless: :sweating: :tongue: :vampire: :wacky: :wink: :actress: :archaeologist: :artist: :comedian: :genius: :hippie: :newpolitician: :politician: :queen: :robot: :singer: :villian:

(*) Penting!! Jangan tinggalkan ianya kosong!

Trackbacks/Pingback