271 views 4 comments

Apakah Itu Ultrabook?

by on Jan 9, 2012
 

Beberapa hari lepas, aku menerima email dari pembaca blog ini bertanyakan mengenai Ultrabook. Apakah yang korang faham mengenai Ultrabook? Selepas membuat sedikit research mengenai Ultrabook, ada pendapat mengatakan kini (2012) laptop/komputer riba kini di dikategorikan didalam 3 jenis iaitu; Ultrabook, Notebook, dan Netbook. Ada juga pendapat mengatakan, Ultrabook ini dicipta oleh Intel untuk menyaingi produk dari Apple iaitu MacBook Pro. Lain-lain pedapat mengatakan Ultrabook adalah gabungan dari tablet dan juga Notebook. Apa jua pendapat dari mereka, terdapat kebenarannya disitu dan aku tidak nafikan. Asasnya satu iaitu untuk menambah baik teknologi yang ada sekarang.

Pada pendapat aku, Ultrabook adalah sebuah komputer yang dikategorikan sebagai nipis dan ringan berdasarkan spesifikasi dari Intel. Gelaran Ultrabook ini adalah trademark dari Intel sendiri. Selain dari itu, sesebuah Ultrabook mestilah mempunyai kelebihan seperti ringan, nipis, jangka hayat bateri yang lama, berprestasi tinggi, waktu loading yang singkat dan dijual dengan harga berpatutan.

Ciri-ciri Ultrabook


[bullets type=”black”]

  • Nipis – Ketebalan mestilah kurang dari 20mm (0.8 inci)
  • Ringan – Berat keseluruhan mestilah kurang dari 1.4KG (3.1 pounds)
  • Jangka Hayat Bateri – Melebihi 4 jam.
  • Tiada pemacu optikal (Pemacu DVD)
  • Berkemampuan menggunakan SSD
  • Menggunakan Consumer Ultra-Low Voltage (17 W) prosessor. Terdapat 3 model prosessor yang menggunakan voltan rendah iaitu Sandy Bridge, Ivy Bridge, dan Haswell.
  • Menggunakan Intel graphics
  • Bekemampuan untuk menyingkatkan waktu loading/booting
  • Mempunyai sistem keselamatan yang tinggi

[/bullets]

Please enter the url to a YouTube video.


Antara Ultrabook Yang Telah Dipasarkan

Acer Aspire S3

Maklumat lanjut mengenai Acer Aspire S3


Lenovo IdeaPad u300s

Maklumat lanjut mengenai Lenovo IdeaPad U300S


Toshiba Portege Z830

Maklumat lanjut mengenai Toshiba Portege Z830


Asus Zenbook UX31E

Maklumat lanjut mengenai Asus Zenbook UX31E



Artikel diatas diambil dari sumber berikut; Intel Blog, NYTimes, dan Wikipedia.

Kadang-kadang terpikir gak nak beli komputer baru. Tapi takpela, lappy sekarang pun dah memang berjasa kat aku. Cuma kena tambah RAM je. Oh ya. Kalau tak silap, kesemua Ultrabook diatas dah berada di pasaran Malaysia. Apa lagi, yang masih tercari-cari, ini pilihan yang mungkin terbaik.