570 views 3 comments

Uniclau – Imbas Kod QR Untuk Daftar Masuk Ke Dalam Akaun

by on Jun 10, 2012
 

Dengan dunia teknologi yang semakin canggih masa sekarang, banyak kita dengar laman web digodam. Pelbagai cara digunakan oleh pembangun bagi mengelakkan dari perkara tersebut berlaku. Dan pada awal tahun ini, Google ada mengeluarkan satu laman khas untuk pengguna log masuk ke dalam akaun mereka dengan hanya mengimbas kod QR. Laman tersebut dikenali sebagai Google Sesame. Dan hari ini aku ingin memperkenalkan satu aplikasi Android dan iOS yang digunakan bersama-sama dengan plugin pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome iaitu Uniclau.

Ketahui Sejarah Kod QR dan Bagaimana Kod Bar Berfungsi.

Uniclau boleh dikatakan berfungsi di mana sahaja laman web yang memerlukan penggunanya memasukkan kata laluan. Tetapi aku rasa tidak di laman web perbankan. Di Uniclau, tiada had akaun yang boleh disimpan. Seberapa banyak akaun yang korang nak masukkan, terpulang. Buat masa ini, Uniclau hanya menyokong pelayar Mozilla firefox dan Google Chrome. Untuk aplikasi yang digunakan untuk mengimbas pula mestilah menggunakan sistem operasi Android ataupun iOS.

Uniclau di Pelayar Web & Aplikasi

Uniclau di Google Chrome

Paparan Aplikasi Uniclau di Android

Muat Turun Uniclau

Muat-Turun Addon Uniclau Ke Pelayar Mozilla Firefox atau Google Chrome

Muat-Turun Aplikasi Uniclau Untuk Peranti Android atau iOS(iPod Touch, iPhone & iPad)

Aku harap walaupun entri ni pendek, tapi korang memahami konsep Uniclau. Korang kena tonton dulu video yang aku sertakan diatas. Tak paham juga, boleh tanya kat ruangan komen dibawah ye.

comments
 
Leave a reply »

 

Leave a Response