Seperti yang anda tahu, pada acara Mobile World Congress pada 29 Februari lalu, Microsoft telah pun mengumumkan Windows 8 Consumer Preview sedia dimuat turun oleh semua. Bagi versi kali ini, banyak perubahan yang dilakukan keatas Windows 8 Consumer Preview berbanding Windows 8 Developer Preview yang lepas.
Bagi mereka yang ingin mencuba Windows 8 Consumer Preview, korang boleh memuat turun melalui link berikut. Muat Turun Windows 8 Consumer Preview
Korang juga boleh membaca ulasan Windows 8 Consumer Preview di laman blog Amanz.MY.
Antara perubahan yang dilakukan adalah reka bentuk untuk boot Windows 8. Bagi boot kali ini, ia memaparkan seekor ikan (Betta fish) metro yang boleh didapati melalui wallpaper utama Windows 8 Consumer Preview. Dibawah adalah paparan boot tersebut bagi mereka yang tidak mengetahuinya.

1. Pertama sekali korang perlulah memuat turun boot Windows 8 CP untuk Windows 7 ini dan aplikasi Windows 7 Boot Updater (aplikasi yang akan menukar boot Windows 7 kepada paparan boot yang lain).
Muat Turun Boot Windows 8 Consumer Preview untuk Windows 7
Muat Turun Windows 7 Boot Updater
2. Seterusnya, extract fail zip untuk Boot Windows 8 CP yang telah dimuat turun tadi, dan jalankan Windows7 Boot Updater.
3. Pada Windows 7 Boot Updater, pergi ke File > Load boot skin.. dan pilih Windows_8_Boot_Screen.bs7. Sebaik sahaja terpapar seperti gambar dibawah, klik pada butang Apply.

4. Proses pemasangan boot mungkin mengambil sedikit masa mengikut keupayaan sesebuah komputer. Sila bersabar. Proses pemasangan boot akan selesai apabila paparan kotak dialog dibawah terpapar.

5. Untuk melihat hasilnya, korang perlulah meng’Restart‘ komputer korang. Selamat Mencuba
Kredit : AskVG.Com, Coder for Live, Amanz Network
25/03/2012, 04:27 pm
xsbr nk tgk window8 kt tablet..bila microsft mau kuar nih..
27/03/2012, 10:43 am
aku rasa windows 8 seswai kat pc yang ada touchscreen dan tablet je…
25/03/2012, 04:35 pm
aku punya dapat error la…tak keluar success
apa problem ek?
25/03/2012, 11:10 pm
Errkk.. Error macam mana tue…
27/03/2012, 09:30 am
error macam ni http://img820.imageshack.us/img820/6954/erroruj.png
27/03/2012, 10:42 am
apasal keluar gambar katak?
12/04/2012, 12:17 pm
windows 8 lawa tp aiggoo pyh nk pham..haha..