428 views 19 comments

Windows 8 Start Screen Untuk Windows XP, Vista & 7

by on February 7, 2012
 

Hari ini aku ingin memperkenalkan satu aplikasi yang dipanggil Windows 8 Start Screen Full iaitu satu aplikasi yang memaparkan Windows 8 Start Screen dan Lock Screen pada Windows 7. Korang juga boleh mengubah paparan tile, start screen widget dan pintasan ke Windows Media Player, My Documents, Drive dan lain-lain. Malangnya, aplikasi ini tidak didatangkan dengan aplikasi yang terdapat pada Windows 8 seperti Tweet@Rama, Weather dan lain-lain. Tetapi, tile yang digunakan untuk aplikasi tersebut disediakan bagi membenarkan korang mengguna tiles tersebut dengan aplikasi yang seakan sama dengan tile tersebut.

Antara tile-tile yang terkandung pada Windows 8 Start Screen Full 3.0
[bullets type="black"]

  • Socialite Tile for Facebook
  • Tweet@rama for Twitter
  • News Tile
  • Weather Tile
  • Picstream Flickr Tile
  • Gmail Tile
  • Lain-lain termasuk paintplay, inkpad, Piano, NearMe, Browser tile, Notespace Tile, dan pelbagai lagi.
  • Mopod Tile untuk memainkan muzik, Angry Birds, Fruit Ninja

[/bullets]

Semasa proses pemasangan, korang diminta untuk memasukkan Unique Product Key. Klik sahaja pada butang yang disediakan, dan korang akan diberi Unique Product Key tersebut, dan masukkan pada ruangan yang disediakan. Selepas berjaya memasang aplikasi ini, ia akan dijalankan secara automatik.

Untuk Unique User ID dan Unique Product Key tidak sama untuk setiap komputer.

Selain daripada Start Screen, ia juga menyediakan paparan Metro untuk Control Panel (boleh diakses melalui Start Screen). Antara fungsi yang korang boleh lakukan dan ubah suai adalah Lock Screen, gambar User Tile, dan lain-lain.

Korang diingatkan, aplikasi ini hanya untuk memberi paparan yang hampir serupa dengan Windows 8 tetapi tidak sama dengan cara aplikasi itu berfungsi. Aplikasi ini juga dikatakan tidak menggunakan banyak memori. Ianya amat ringan. Menurut pembangun aplikasi ini, ia boleh digunakan pada Windows XP, Vista dan Windows 7

Muat Turun Windows 8 Start Screen Full 3.0

Sila baca ReadMe.pdf untuk maklumat lebih lanjut dan efek-efek tersembunyi

Aku masih belum lagi mencuba aplikasi ini sepenuhnya. Segala maklumat mengenai aplikasi ini boleh dirujuk pada halaman dncube (Pembangun aplikasi ini) di DeviantArt.

Kongsikan Artikel Kami
comments
 
Leave a reply »

 

Leave a Response