Tutorial Menetap MP3 Sebagai Nada Dering Pada Peranti Windows Phone

Diterbitkan Pada . Oleh

 Jika semalam aku ada menulis artikel bagaimana korang boleh menghasilkan MP3 kepada nada dering, jadi hari ini aku ingin menulis pula cara menetapkan MP3 sebagai nada dering pada telefon pintar yang menggunakan Windows Phone. Windows Phone adalah satu sistem operasi yang agak kompleks jika ingin dibandingkan dengan Android, Symbian, dan MeeGo. Ini kerana korang boleh menetapkan nada dering kepada mana-mana MP3 yang berada didalam telefon tersebut. Pada Windows Phone, korang juga boleh menetapkan sebarang MP3 sebagai nada dering, tetapi ianya memerlukan sedikit pengubahsuaian pada maklumat MP3 tersebut.

Langkah Menetap MP3 Sebagai Nada Dering

Setiap telefon pintar Windows Phone, ianya memerlukan aplikasi Zune (Windows) atau Windows Phone Connector (Mac) untuk melakukan sebarang pemindahan data. Jadi, jika korang masih belum mempunyai salah satu dari aplikasi ini, sila muat turun melalui pautan dibawah bergantung pada sistem operasi yang korang gunakan.


Muat Turun Zune Untuk Windows Muat Turun Windows Phone 7 Connector Untuk Mac

Seterusnya korang perlulah mempunyai MP3 yang mahu dijadikan sebagai nada dering. Jika korang berhajat untuk memotong sebahagian dari MP3 tersebut, sila ikut tutorial seperti yang dilampirkan pada pautan dibawah.

Baca artikel – Ringtone Maker – Buat Nada Dering Untuk Telefon Dari MP3

Kemudian, buka aplikasi Zune, dan pastikan MP3 tersebut telah berada didalam playlist Zune. Aku menggunakan Zune kerana aku pengguna Windows, pada pengguna Windows Phone Connector (Mac), korang boleh gunakan iTunes kerana langkahnya agak sama. Pastikan korang telah menyambungkan telefon korang pada komputer.

Tidak tahu bagaimana ingin memasukkan MP3 ke dalam playlist Zune, pilih MP3 tersebut dan ‘drag‘ masuk ke dalam Zune.

Pergi ke bahagian Collection > Music dan pilih MP3 yang korang mahu jadikan sebagai nada dering tadi. Lakukan Right Click padanya dan pilih Edit.

Pada ruangan Genre, sila tetapkannya sebagai Ringtone. Korang juga boleh menaip perkataan tersebut dan klik Ok. Apabila sudah selesai, pindahkan MP3 tersebut ke dalam telefon korang.

Langkah terakhir, pada telefon Windows Phone korang, pergi ke Settings > Ringtones+Sounds dan pilih ruangan Ringtone. Tetapkan nada dering baru tersebut. Siap!

Selamat Mencuba~

Artikel ini ditulis menggunakan aplikasi Zune yang dipasang pada Windows 7 Ultimate 32 bit dan Nokia Lumia 800

 

18 Komen Diterima.

  1. nor'ein

    07/07/2012, 12:06 am

    Tolong sy sekali lg…sy dh uploads lagu utk ringtone nokia lumia 800 tetapi bila sy nk buat penambahan lagu lg utk ringtone tk boleh..sy still ikut cr yg mrpiratz bg..byk kali cuba mt zune still tk boleh.lg satu mcm mana nk delete lagu kt ringtone hp nokia lumia 800 tu. Tq n harap dpt pertolongan…

    Reply
  2. suzi

    11/07/2012, 11:06 am

    sy dah edit genre kpd ringtone tp xde kuar kat dlm Settings > Ringtones+Sounds tu? camner ek? sy gune lumia 610 :grin:

    Reply
    • piratz

      20/01/2013, 05:11 am

      untuk message kalau tak silap kena guna unlock phone.. kena root/jailbreak/unlock dulu.. pastu kena install non-market app, authorize kan apps tue, baru boleh tukar…

      Reply

Tinggalkan Komen Anda

:amazed: :angel: :angry: :beaten: :bored: :clown: :confused: :cool: :cry: :devil: :doubtful: :emo: :frozen: :grin: :indian: :karate: :kiss: :laugh: :love: :millionaire: :nerd: :ninja: :party: :pirate: :punk: :sad: :smile: :speechless: :sweating: :tongue: :vampire: :wacky: :wink: :actress: :archaeologist: :artist: :comedian: :genius: :hippie: :newpolitician: :politician: :queen: :robot: :singer: :villian:

(*) Penting!! Jangan tinggalkan ianya kosong!

Trackbacks/Pingback

  • Tutorial Menetap MP3 Sebagai Nada Dering Pada Peranti Windows Phone – MrPiratz[dot]Com .