287 views 4 comments

ZBigZ – Laman Alternatif Torrific

by on February 27, 2012
 

Jika dahulu, aku ada menulis satu artikel mengenai bagaimana memuat turun file torrent dengan perisian muat turun Internet Download Manager. Daripada artikel tersebut, aku memperkenalkan satu laman web iaitu Torrific. Laman Torrific ini adalah laman web yang membenarkan korang memuat turun file torrent ke dalam server mereka dan memuat turun file torrent tersebut seperti muat turun biasa tanpa menggunakan aplikasi/perisian torrent. Korang perlu mendaftar sebelum menggunakannya. Tetapi malangnya, laman tersebut terkena tempias SOPA dan akhirnya ditutup selamanya.

Selepas mencari-cari dan mencuba pelbagai laman yang menawarkan perkhidmatan sedemikian, akhirnya aku berpuas hati dengan laman ZBigZ.Com. Laman ZBigZ ini menawarkan perkhidmatan yang sama seperti Torrific. Terdapat kelebihan dan kekurangan pada laman ini jika dibandingkan dengan laman Torrific.

Kelebihan

[bullets type='black']

  • Boleh memuat turun torrent dari public tracker mahupun private tracker
  • Korang boleh memilih untuk menggunakan URL/file .torrent yang telah dimuat turun untuk memulakan proses muat turun.

[/bullets]

Kelemahan

[bullets type='black']

  • Kelajuan muat turun berbeza dengan akaun berbayar
  • Kapasiti simpanan juga berbeza dengan akaun berbayar
  • File akan disimpan akan dibuang pada masa tertentu (Akaun Percuma)

[/bullets]

Pakej Yang Ditawarkan ZBigZ.Com

Cara Menggunakan ZBigZ.Com

1. Aku sarankan pada korang semua mendaftar terlebih dahulu pada laman ZBigZ.

Daftar akaun pada ZBigZ.Com

2. Korang boleh memilih untuk menggunakan URL/File .torrent yang diambil. Langkah diatas adalah untuk mendapatkan file .torrent

Bagi mereka yang mahu memuat naik file .torrent sila klik pada butang Upload.

1. Jika korang tidak pasti dimana laman web untuk mendapatkan file .torrent dengan mudah, korang boleh dapatkan dari senarai laman web seperti di entri dibawah.

Laman Torrent Pilihan Piratz

2. Sebagai contoh, aku menggunakan laman web ThePirateBay & aku ingin memuat-turun ebook PC World – December 2010.

3. Right Click pada Download This Torrent dan pilih Copy Link Location seperti gambar dibawah.

3. Sebaik sahaja korang klik pada butang ‘Go‘. Muat turun akan dilakukan.

4. Korang akan terlihat ayat ‘Ready for download‘ selepas file torrent tersebut selesai dimasukkan/muat turun ke dalam server ZBigZ. Jadi proses muat turun ke dalam komputer/desktop boleh dilakukan selepas itu. Klik pada butang muat turun yang berwarna hijau.

5. Klik pada ruangan yang sesuai untuk memulakan proses muat turun.

Untuk screenshot diatas, aku menggunakan akaun percuma, jadi klik pada butang Free

6. Jika korang menggunakan IDM sebagai pengurus muat turun, ia akan dimuat turun menggunakan IDM secara automatik. Jika tidak, kena guna cara manualla.

Akhirnya, terdapat juga laman web yang macam Torrific. Senang skit aku nak download torrent. Download & Run.. Hoho.. Jika korang tidak menyukai ZBigZ.Com, korang juga boleh mencuba pada laman ZiTorrent. InsyaAllah, kalau aku rajin, aku tulis pula mengenai ZiTorrent. Selamat mendownload.

Kongsikan Artikel Kami
 

Tinggalkan komen anda